HomeIsu tempatanKetua Balai Bomba Kimanis Parah Dalam Kemalangan Jalanraya Di Kinabatangan

Ketua Balai Bomba Kimanis Parah Dalam Kemalangan Jalanraya Di Kinabatangan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KINABATANGAN: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan antara yang cedera parah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya membabitkan tiga buah kenderaan di jalan Paris Satu, dekat sini, pada Rabu.

Ketua BBP Kinabatangan Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nurul Azlan Shah Jamaluddin ketika dihubungi Sabah Media mengesahkan kejadian.

Nurul Azlan berkata, sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.13 petang Rabu (29 Disember 2021), sepasukan anggota bomba diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi kejadian.

Keadaan kereta Perodua Alza yang dinaiki Johainin sekeluarga remuk dalam kemalangan itu. -Foto Ihsan BBP Kinabatangan.

“Di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan jenis isuzu Dmax, Sebuah lori dan sebuah Perodua Alza.

“Terdapat lapan orang mangsa dilaporkan terlibat iaitu dua orang cedera parah, empat orang cedera ringan, dua orang tidak mengalami kecederaan dan kesemua mangsa telah dihantar ke hospital Kinabatangan menggunakan ambulans setelah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS,”katanya.

Pasukan Bomba seterusnya membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian dan operasi ditamatkan pada jam 5.05 petang.

Menurut Nurul Azlan, difahamkan Mohd Johainin, 35, sedang bercuti dan pada hari kejadian beliau bersama enam ahli keluarganya menaiki Perodua Azla sedang menuju ke Tawau, namun kereta mereka bertembung pada arah bertentangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu Dmax di lokasi kejadian.

“Ahli keluarga Johainin yang terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu isteri beliau Pamela Ng @ Norlela Mohd Firdaus, 35, adik Norlela, Nurul Yusra Mohd Firdaus,20, anak-anak mereka Nur Damia Maisarah Mohd Johainin, 7, dan Muhammad Muhyiddin Irfan, 6, hanya mengalami cedera ringan, manakala seorang lagi yang mengalami kecederaan parah maklumat tidak diperolehi.

Sementara, pemandu lori dan Isuzu Dmax tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Nurul Azlan berkata, Johainin dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital Kinabatangan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya