HomeUtamaDatuk Seri Vida Minta Netizen Henti Kutuk Rina Harun

Datuk Seri Vida Minta Netizen Henti Kutuk Rina Harun

Read Time:58 Second

CYBERJAYA – Penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida meminta netizen menghentikan Menteri Pembangunan sindiran dan kutukan mereka terhadap Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di media sosial.

Menerusi kapsyen yang disertakan bersama sekeping gambar di Instagram, penyanyi lagu I Am Me itu meminta tindakan dangkal pengguna media sosial itu dihentikan segera.

“Tak baik (selalu) kutuk yang berhormat. Tolong jangan sindir,” tulisnya.

Melihat pula komen-komen yang ditinggalkan warganet, rata-rata menyifatkan Vida seorang yang gemar mencelah lebih-lebih lagi apabila timbul isu yang tular di media sosial.

Bukan itu sahaja, malah ada yang mendakwa usahawan berkenaan hanya ingin mencari publisiti bagi isu yang tular

“Duduk menumpang publisiti orang sahaja Mak Cik ini. Dekat mana-mana ada isu, dia selit sekali nak menumpang publisiti,” komen seorang netizen.

“Kau ni sahaja di mana-mana benda tular, kerja nak menumpang populariti sahaja,” komen seorang pengguna.

“Vida ini selalu akan mengambil pelung mencari ‘publisiti’ dengan mendekati orang yang sedang dalam kontroversi,” komen juga seorang warganet.

Baru-baru ini, Rina dikecam hebat gara-gara videonya mencuci koridor dan longkang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang tular dalam media sosial.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular