HomeUtamaDBKK Tutup Taman Awam Teluk Likas, Pantai Tanjung Aru 1 Esok

DBKK Tutup Taman Awam Teluk Likas, Pantai Tanjung Aru 1 Esok

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menutup sementara beberapa taman awam di bandaraya Kota Kinabalu bermula esok sehingga 1 Januari 2022.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, tindakan itu merupakan langkah kawalan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Katanya, ia juga selaras dengan prosedur standard operasi (SOP) Fasa 4 yang dikemaskini pada 28 Disember 2021.

“Antara taman-taman awam yang terlibat ialah Taman Awam Teluk Likas; Taman Awam Teluk Likas 2 dan Pantai Tanjung Aru 1.

“Penutupan ini akan bermula pada 31 Disember bermula jam 1 petang sehingga 1 Januari 2022 jam 6 pagi,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Noorliza berkata, DBKK ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak mengunjungi dan menggunakan taman-taman tersebut semasa tempoh penutupan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular