COVID-19 : Kota Kinabalu Catat Peningkatan Kes Secara Mendadak

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Daerah Kota Kinabalu mencatat kes jangkitan COVID-19 tertinggi di Sabah hari ini sebanyak 60 kes menjadikan jumlah kumulatif harian di negeri ini meningkat kepada 231 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, faktor penyebab kepada kenaikan kes mendadak di Kota Kinabalu adalah disebabkan terdapat 25 kes baharu melibatkan Kluster Bahtera Kinabalu.

“Bagi daerah Kota Kinabalu, selain daripada kes daripada Kluster, sebanyak 18 kes berpunca daripada Kes Bergejala, 11 kes daripada Saringan Kontak Rapat dan 6 kes lagi daripada lain-lain saringan.

“Pada hari ini, 27 daerah merekodkan penambahan jumlah kes harian, dimana tujuh daerah mencatatkan kes dua angka, 14 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja dan 6 daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kesemua daerah mencatatkan perubahan angka yang tidak statik kecuali daerah-daerah yang konsisten dengan catatan sifar kes seperti Kunak, Kalabakan dan Nabawan.

Katanya, seramai 226 orang daripada 231 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit dalam Kategori 5.

“Kes yang melibatkan  2 orang pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *