FAMA Sabah Serah 20 Unit Mesin Proses Biji Kopi

Read Time:1 Minute, 15 Second

RANAU: Sebanyak 20 unit mesin memproses biji kopi bernilai keseluruhan sebanyak RM230,000 disampaikan kepada 10 kumpulan petani dan penanam kopi di Kampung Toboh Lama.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah Ribin Wahid berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam bidang pembangunan pemasaran hasil tani sentiasa peka terhadap keperluan dan kebajikan golongan pengeluar dan petani.

Katanya, FAMA juga sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada golongan petani pengeluar makanan di Sabah.

“Justeru itu, di bawah projek khas pembangunan tanaman ladang kontrak MAFI dan MAF, FAMA telah meluluskan peruntukan khas bernilai keseluruhan sebanyak RM230,000 dalam beberapa fasa.

“Antaranya ialah bantuan membekalkan mesin pemprosesan, mengujudkan PPL dan kursus pemasaran sebagai pakej aktiviti untuk membantu penanaman kopi Kampung Toboh Lama khusus bagi pengusaha tanaman jenis kopo bernilai tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Memproses Kopi di Kampung Toboh Lama Ranau disini kelmarin.

Majlis disempurnakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Ribin berkata, program pembangunan kopi adalah sejajar dengan rangka kerja pembangunan tanaman kopi untuk keperluan tempatan dan pasaran eksport ‘Sabah Agriculture Blue Print 2021-2030’ Kementerian Pertanian dan Perikanan (MAF) Sabah.

Katanya, FAMA telah menyalurkan bantuan mesin dan peralatan memproses kopi bagi membantu para pengusaha kopi di Kampung Toboh Lama.

“Ini kerana kebanyakan usahawan terdiri daripada golongan berusia disebabkan perusahaan ini melibatkan proses yang banyak dengan lebih ketelitian dalam pemprosesan.

“Usaha ini sedikit sebanyak boleh menjimatkan masa pemprosesan kopi dan secara tidak langsung boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran kopi Arabica,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *