HomeUtamaCOVID-19 : Kes Kembali Turun Dibawah Paras Angka 200

COVID-19 : Kes Kembali Turun Dibawah Paras Angka 200

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali turun dibawah paras angka 200 dengan jumlah kumulatif harian terbaharu sebanyak 165 kes selepas beberapa hari merekodkan trend peningkatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 99 kes berbanding jumlah semalam.

“Beberapa daerah menunjukkan penurunan yang agak besar seperti Tuaran -34 kes, Kota Kinabalu -23 kes, Ranau -15 kes dan Penampang -12 kes.

“Hanya Tawau yang merekodkan peningkatan ketara dengan pertambahan sebanyak 10 kes berbanding semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah- daerah lain hanya melibatkan perubahan pada kadar satu angka sahaja ataupun kekal sebagaimana catatan sebelumnya.

Katanya, pada hari ini, sebanyak tujuh daerah mencatatkan kes dua angka dengan kes tertinggi di Kota Kinabalu iaitu dengan 33 kes.

“Sebanyak 14 daerah lagi mencatatkan kes pada satu angka sahaja dan enam daerah mencatatkan sifar kes.

“Seramai 161 orang daripada 165 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, terdapat satu kes masing-masing dilaporkan dalam Kategori 3, 4 dan 5,” katanya.

Katanya, kes yang melibatkan seorang pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Penjawat awam dibawah KKR diminta tingkat kualiti kerja...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya