HomeUtamaJPBN, Daerah Diminta Tingkat Tahap Kesiapsiagaan Hadapi Bencana

JPBN, Daerah Diminta Tingkat Tahap Kesiapsiagaan Hadapi Bencana

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan berkata, JPBN dan daerah juga diminta untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas.

Ia termasuklah Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

“Semua Pusat Operasi dan Kawalan Bencana Peringkat Pusat hendaklah memanjangkan Notis ini ke peringkat Negeri dan Daerah.

“NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

“NDCC juga sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui nombor telefon 03-80642400, faksimili 03-80635420 dan alamat e-mel [email protected],” kata kenyataan itu disini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini turut mengeluarkan notis amaran hujan berterusan peringkat bahaya yang dijangka berlaku di negeri Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori buruk yang dijangka berlaku di negeri Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Turut dijangka berlaku adalah di Negeri Sembilan,Melaka,Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) serta Sabah iaitu di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga esok.

Selain itu, METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada yang dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) serta Sabah: Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga Selasa, 4 Januari 2022.

Turut dijangka berlaku hujan berterusan di negeri Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, Selangor di WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya sehingga Isnin, 3 Januari 2022.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular