HomeUtamaMangsa Banjir Beluran: Satu Mayat Ditemui, Seorang Masih Hilang

Mangsa Banjir Beluran: Satu Mayat Ditemui, Seorang Masih Hilang

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BELURAN: Mayat seorang daripada dua mangsa banjir yang dilaporkan hilang pada 31 Disember 2021 dalam kejadian berlaku di dua tempat yang berlainan telah ditemui pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, setakat ini, seorang mangsa yang dilaporkan hilang semasa memukat di Kuala Penubukan, Paitan yang dilaporkan hilang pada 31 Disember 2021 telah ditemui lemas pada jam 12.30 tengahari (01 Januari 2022) di pokok bakau lebih kurang 1.5 kilometer dari tempat kejadian dekat sini.

“Menurut maklumat awal mangsa lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai Rajis Nawang bekerja sebagai nelayan telah turun memasang pukat di Kuala Penubukan sebelum disedari hilang oleh bapanya.

“Manakala mangsa kedua, hanya dikenali Kaerul, 26, Pekerja Ladang telah dihanyutkan air deras apabila cuba menyeberang jalan Kampung Kinadaan (Kg Matanggal). Semasa kejadian dipercayai paras air mencecah lima kaki dari paras jalan. Kejadian ini disedari oleh majikannya dan telah membuat laporan kepada pihak polis, sehingga kini mangsa masih belum ditemui,” kata Kasim dalam kenyataan medianya hari ini.

Sementara itu, katanya hujan lebat yang turun berterusan mengakibatkan banjir beberapa kawasan di Daerah Beluran.

“Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan membabitkan agensi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular