HomeUtamaBanjir : 3,329 Mangsa Terjejas Masih Ditempatkan Di 29 PPS

Banjir : 3,329 Mangsa Terjejas Masih Ditempatkan Di 29 PPS

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Seramai 3,329 mangsa terjejas banjir di enam buah daerah di Sabah masih kekal ditempatkan di 29 Pusat Penempatan Sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini.

Berdasarkan laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah  menyatakan, jumlah mangsa terlibat membabitkan sebanyak 1,231 Ketua Isi Rumah (KIR).

Katanya, Kota Marudu kekal mencatat mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu seramai 2,765 orang mangsa melibatkan 13 buah PPS dibuka di daerah berkenaan.

“PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan; Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek; Dewan St Theresa dan Bangunan Rukun tetangga Salimandut kekal dengan jumlah masing-masing 251,253,142 dan 40 orang mangsa.

“Bagi Dewan SM Advent Gihsen turut kekal seramai 210 mangsa; SRA Damai (369); Dewan Longob (300); SK Ranau (565); Dewan Asin-Asin (72); Dewan Komuniti (167); Dewan Mosolog (162); SMK Bengkongan (54) dan Dewan PPR Korongkom (180),” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, daerah Pitas menjadi daerah kedua tertinggi dengan seramai 234 mangsa ditempatkan di empat buah PPS.

Ia melibatkan PPS Dewan SK Salimpodon seramai 39 mangsa; Dewan Kampung Kusilad (64); SK Pekian 2 (67) dan Dewan Kabatasan (64).

Dalam pada itu, daerah Telupid merekodkan seramai 159 mangsa yang ditempatkan di enam buah PPS.

Antara PPS yang dibuka di Dewan Kampung Bakong-Bakong menempatkan seramai tiga mangsa; Dewan Kampung Rancangan Nangoh (31); Dewan Kampung Bauto (48); Dewan Kampung Maau (21); Dewan Kampung Kiabau (15) dan Dewan Kampung Bambangan (39).

Bagi daerah Paitan, sebanyak tiga PPS dibuka dengan menempatkan seramai 102 mangsa terjejas banjir.

Antara PPS yang masih dibuka adalah di Dewan SMK Pamol (20); Dewan Kampung Binsulung (45) dan Dewan Kampung Sungai-Sungai (37).

Di Beluran hanya dua PPS dibuka iaitu di Dewan Kampung Balaban Jaya (38) dan Dewan Serbaguna Beluran (3).

Manakala di Sandakan hanya sebuah PPS dibuka iaitu di Dewan SMK Segaliud menempatkan seramai 46 mangsa.

Menurut kemaskini APM Sabah, jumlah keseluruhan mangsa menunjukkan trend kekal.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular