COVID-19 : Pekerja Hotel Cetus Kluster Jalan Kem Bina Di Kundasang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan satu kluster baharu melibatkan jangkitan di tempat kerja yang direkodkan di daerah Ranau membabitkan pekerja sebuah hotel di Kundasang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Kem Bina itu tercetus selepas seorang pekerja di Hotel Perkasa Kundasang dikesan positif melalui saringan bergejala.

“Indeks bagi kluster ini merupakan seorang pekerja di Hotel Perkasa Kundasang yang dikesan positif melalui Saringan Bergejala.

“Saringan yang dibuat dikalangan kontak rapat mendapati 39 orang lagi dikesan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif seramai 40 orang,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah kekal stabil dan tidak banyak berubah daripada kedudukan semalam.

Katanya, terdapat sedikit penurunan sebanyak empat kes berbanding semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah hari ini sebanayak 161 kes.

“Kota Kinabalu kekal daerah yang merekodkan kes tertinggi sebanyak 37 kes, diikuti oleh Penampang 19 kes, Tuaran 19 kes, Kota Belud 19 kes, Ranau 17 kes dan Keningau 12 kes.

“Sebanyak enam daerah mencatatkan kes dua angka, 11 daerah mencatatkan kes satu angka dan tidak ada kes baharu di 10 daerah,” katanya.

Katanya, sejumlah 157 daripada 161 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Tidak ada kes dalam Kategori 3, manakala tiga kes dalam Kategori 4 dan terdapat satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *