HomeIsu tempatanBantuan Untuk Mangsa Terjejas Banjir Perlu Disegerakan

Bantuan Untuk Mangsa Terjejas Banjir Perlu Disegerakan

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Persekutuan dan Negeri digesa untuk mempercepatkan pemberian bantuan kepada penduduk terjejas banjir  di beberapa buah daerah di Sabah.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, bantuan itu amat diperlukan oleh mangsa terjejas banjir bagi meneruskan kehidupan dan sokongan hidup.

Katanya, bantuan itu juga akan mampu meringankan beban penduduk terjejas khususnya yang kehilangan kediaman, mengalami kerosaan tempat tinggal dan kehilangan harta benda.

 “Kebanyakkan mereka kehilangan tempat tinggal, kenderaan dan peralatan rumah. Manakala golongan seperti petani serta mereka yang bekerja sendiri juga kerugian dan kehilangan pendapatan apabila berlakunya kejadian banjir besar sebegini.

“Wajar untuk kerajaan Pusat dan negeri mempercepat tindakan membantu mereka dari semua sudut, terutamanya memperbaiki dan menggantikan infrastruktur yang rosak seperti jambatan , jalan raya disebabkan bencana.

“Begitu juga agensi berkaitan perlu segera menangani masalah banjir kilat untuk jangka pendek dan jangka panjang disebabkan sungai atau parit yang tidak dikawal selia dengan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik Srikandi Bersatu Sabah di sini hari ini.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufot berkata, kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini dan masih berterusan hingga kini adalah suatu kejadian yang amat memilukan semua pihak dan ia memerlukan usaha dan kesepakatan pelbagai pihak.

“Di saat ini tidak lain tidak bukan, usaha kita semua perlu bersepadu dan sepakat demi untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan moral dan bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan.

“Dugaan bencana alam ini bukan dugaan kecil, ia sangat berat dan pastinya kesan yang ditinggalkan akan menjadi trauma kepada mangsa-mangsa,” katanya.

Sementara itu, Azizah berkata, Srikandi Bersatu Sabah telah bersedia untuk menggerakkan jentera dan usaha pemerkasaan parti khasnya untuk berdepan situasi genting pada bila-bila masa.

“Kita akan memulakan langkah kita untuk tahun 2022 dengan perancangan jitu dan teliti untuk mengatur strategik survival kita dalam perjuangan parti membela nasib rakyat jika berlaku bencana.

“Kini jentera kita dalam mood bersiap sedia dari semua peringkat meliputi Pusat Daerah Mengundi (PDM), Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Kita juga akan memberi penekanan kepada ahli-ahli Srikandi kita yang terlibat dengan perihal jentera parti bagi memberi mereka lebih pendedahan dan ilmu tambahan tentang pengendalian sistem, sekaligus kita juga akan terus membuat pemantauan kepada kawasan-kawasan tumpuan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peranan persatuan penting galakkan pendermaan darah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular