HomeUtamaInfrastuktur,Kemudahan Asas Penduduk Perlu Dibaiki Segera - Ronald

Infrastuktur,Kemudahan Asas Penduduk Perlu Dibaiki Segera – Ronald

Read Time:1 Minute, 39 Second

TELUPID : Infrastuktur dan kemudahan asas penduduk yang rosak akibat banjir yang berlaku di beberapa buah kawasan di Parlimen Beluran baru-baru ini perlu dibaiki segera.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia bagi membolehkan penduduk setempat menikmati kemudahan yang sedia ada selain menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya juga melihat kerosakan infrastuktur asas yang penting seperti jalan perhubungan yang terputus selain jambatan gantung juga rosak.

“Ini merupakan antara kemudahan penting yang menjadi perhubungan di beberapa buah kampung di kawasan ini dan perlu dibaiki segera agar masyarakat kampung dapat menikmati kemudahan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat jambatan gantung yang rosak di Kampung Berayung disini pagi tadi.

Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, justeru itu Pejabat Parlimen Beluran akan mengenalpasti keperluan dan penyelesaian bagi memastikan kerosakan yang dialami diperbaiki segera.

“Kemudahan yang ada ini merupakan keperluan utama penduduk jadi pejabat saya (Parlimen Beluran) akan melihat keperluan ini dan mencari penyelesaian yang sebaik-baiknya secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, feri yang menghubungkan penduduk Kampung Baba dan Kampung Ansuan setakat ini masih belum dapat digunakan berikutan aliran sungai yang masih deras.

“Saya difahamkan pengusaha feri ini masih menunggu keadaan air yang lebih selamat untuk beroperasi semula.  Jadi ini juga merupakan masalah yang dihadapai oleh penduduk di dua buah kampung berkenaan yang berada di sebarang Sungai Labuk.

“Selain itu kerosakan jambatan gantung yang dijadikan sebagai penghubung antara Kampung Berayung ini tidak dapat digunakan dan tidak selamat, sebab itu kemudahan ini perlu dibaiki segera agar ia dpt digunakan semula penduduk kampung,” katanya.

Terdahulu, Ronald turut menziarahi keluarga mendiang Aloysius Maningkot di Kampung Liningkong Telupid yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian banjir di kebun berhampiran Sungai Labuk pada Ahad lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya