HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Turun Sedikit

COVID-19 : Kes Jangkitan Turun Sedikit

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah tidak menunjukkan penurunan yang banyak apabila merekodkan 242 kes jangkitan dengan hanya tiga kes kurang berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak sembilan daerah mencatatkan kes pada dua angka dengan empat daripadanya melepasi paras 20 kes.

“Antara daerah yang terlibat ialah Tuaran 35 kes, Kota Kinabalu 25 kes, Papar 23 kes dan Ranau 20 kes.

“Sejumlah 16 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja dan dua daerah tidak mencatatkan kes baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah daerah yang merekodkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang, masing-masing 13 daerah.

Katanya, daerah Ranau merekod peningkatan kes yang paling tinggi iaitu +10 kes dan Kota Kinabalu pula mencatat penurunan yang paling besar dengan -18 kes berbanding jumlah semalam.

“Sejumlah 238 daripada 242 kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat satu kes masing-masing dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih lagi membuat penilaian keatas satu kes,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya