Pencarian Mangsa Lemas Di Perairan Lambidan Ditamatkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

LABUAN : Operasi Carilamat seorang mangsa lemas di perairan Pulau Lambidan, pada Isnin lalu ditamatkan hari ini selepas pencarian selama lima hari tidak menemui sebarang petunjuk positif.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu telah menamatkan operasi Carilamat pada jam 6.30 petang.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tiada sebarang penemuan atau petunjuk ditemui pasukan di lapangan sepanjang empat hari operasi.

“Walau bagaimanapun, pencarian dan pemantauan akan diteruskan oleh agensi masing-masing yang bertugas menerusi operasi harian mengawal pesisir pantai, laut dan sebagainya.

“Operasi Carilamat selama lima hari itu turut melibatkan seramai 45 anggota dari pelbagai agensi seperti Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta RELA bagi melaksanakan pencarian,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Katanya, keluasan keseluruhan sektor Carilamat merangkumi 184 batu nautika dengan lima aset telah diaturgerak sepanjang lima hari operasi.

Katanya, Maritim Malaysia merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua Jabatan dan Agensi serta komuniti maritim yang terlibat dalam usaha pencarian ini.

“Komuniti maritim diseru untuk terus meningkatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut dan melaporkan sebarang kejadian kecemasan di laut menggunakan talian 999 (MERS) atau 087-453777 (Pusat Operasi Zon Maritim Labuan),” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *