HomeLuar negaraKes Baharu Covid-19 Meningkat, Kematian Berkurangan - WHO

Kes Baharu Covid-19 Meningkat, Kematian Berkurangan – WHO

Read Time:31 Second

BERNAMA

GENEVA: Jumlah kes baharu Covid-19 global meningkat secara mendadak sehingga 71% minggu lepas berbanding minggu sebelumnya, namun jumlah kematian berkurangan sebanyak 10%, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

WHO berkata berdasarkan data mingguan situasi pandemik, kira-kira 9.5 juta kes baharu dan lebih 41,000 kematian dilaporkan sejak 27 Dis 2021 hingga 2 Jan tahun ini, lapor Xinhua.

Semua kawasan melaporkan peningkatan kes mingguan, dengan benua Amerika merekodkan jumlah tertinggi (100%), diikuti Asia Tenggara (78%) dan Eropah (65%).

WHO berkata meskipun Afrika masih merekodkan peningkatan jumlah kes kematian mingguan, semua bahagian lain di dunia melaporkan penurunan berbanding minggu sebelumnya.

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

2 Dilaporkan Terkorban Dalam Insiden Babit Pesawat Udara Tentera Filipina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular