Azam ikrar beri kerjasama penuh kepada SC

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kuala Lumpur : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berjanji untuk memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam isu pemilikan saham syarikat awam.

“Saya akan berikan kerjasama penuh kepada SC. Tak ada isu berkenaan ini. Saya akan berikan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan,” katanya.

Memetik laporan the star Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sedar bahawa pendedahan yang dibuat mengenai akaun yang digunakan adiknya, Nasir, menimbulkan pelbagai persoalan.

Justeru katanya apa yang terbaik dilakukan ialah membiarkan SC meneliti hal tersebut sebelum dia membuat kenyataan lebih lanjut.

Azam dijangka bertemu dengan SC pada minggu depan.

Semalam SC akan menghubungi Azam selepas dia mengakui Nasir telah menggunakan nama akaun dagangannya untuk membeli saham.

“SC akan berhubung dengan pihak terbabit, termasuk Tan Sri Azam Baki, untuk mendapatkan penjelasan dan mengesahkan kenyataan yang dibuat, serta mengumpul sebarang bukti berkaitan,” kata SC.

Menurut SC di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti Depositori Pusat 1991 (Sicda), setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial saham yang didepositkan atau atas nama syarikat yang diberi kuasa oleh penama.

Selain itu, kata SC, seksyen 29A Sicda menetapkan bahawa semua urusan dalam sekuriti hendaklah dilaksanakan hanya oleh pemilik benefisial sekuriti atau penama yang diberi kuasa.

Manakala di dalam klausa lain, ianya membenarkan pemindahan antara pihak yang memindahkan (orang yang memulakan pemindahan) dan pihak yang dipindahkan (orang yang menerima sekuriti yang dipindahkan), yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Berikut adalah hubungan yang dibenarkan:

  • Ibu bapa
  • Anak/Anak angkat
  • Pasangan sah
  • Abang/Adik lelaki
  • Kakak/Adik perempuan
  • Datuk & Nenek
  • Cucu

Pendeposit individu juga boleh membuat pemindahan sekuriti daripada akaun CDS mereka yang dipegang secara terus atas nama pendeposit individu atau akaun penama yang dipegang oleh Penama Sah (iaitu pendeposit individu dinyatakan sebagai pemilik benefisial) kepada akaun CDS yang dipegang secara terus atas nama ahli keluarga mereka. Mereka perlu menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan apabila memulakan pemindahan berkenaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *