HomeUtamaCOVID-19 : Ibu Bapa Perlu Jaga Keselamatan Anak, Elak Penularan Jangkitan Di...

COVID-19 : Ibu Bapa Perlu Jaga Keselamatan Anak, Elak Penularan Jangkitan Di Rumah

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak yang masih kecil diingatkan untuk sentiasa berhati-hati bagi mengelak berlaku penularan jangkitan COVID-19 di rumah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia juga termasuk ahli-ahli keluarga dewasa yang turut tinggal bersama dengan kanak-kanak.

“Adalah diperhatikan bahawa 31 orang atau 19.2 peratus daripada 161 pesakit baharu yang dilaporkan hari ini merupakan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang belum layak diberi vaksin.

“Ibu-bapa dan ahli-ahli keluarga dewasa yang tinggal bersama kanak-kanak yang masih kecil diseru agar berhati-hati bagi mengelak dijangkiti dan secara tak sengaja menjadi pembawa virus tersebut ke rumah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 baharu di Sabah hari ini adalah sebanyak 161 kes, menurun 37 kes berbanding jumlah semalam.

Katanya, kedudukan semasa di semua daerah menampakkan fasa penstabilan kecuali beberapa daerah dimana kes harian turun naik secara mendadak hampir setiap hari.

“Antaranya Kota Kinabalu (29 kes) yang turun 16 kes hari ini walaupun masih merupakan daerah yang mencatat kes baharu tertinggi di negeri Sabah.

“Ranau (28 kes) pula kembali mencatat jumlah kes yang tinggi termasuk enam kes baharu daripada Kluster Hotel Perkasa.

“Tidak ada kes baharu dicatatkan di lapan daerah dan kurang 10 kes baharu di 14 daerah,” katanya.

Masidi berkata, daripada 161 kes baharu hari ini, 158 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, satu kes dalam Kategori 3 dan dua kes dalam Kategori 4.

Dalam pada itu, sehingga semalam, kadar kebolehjangkitan atau R0/RT bagi Sabah naik ke 1.07 berbanding kadar kebangsaan 0.98.

“Saya ingin menasihati agar sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dan nasihat-nasihat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang masa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya