Kemudahan Infrastuktur Pelancongan Di Taman Bukit Tawau Ditingkatkan

Read Time:1 Minute, 12 Second

TAWAU : Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 1 juta bagi meningkatkan kemudahan infrastuktur pelancongan di Taman Bukit Tawau disini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, projek yang dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) itu telah dimulakan pada tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya Februari tahun ini.

“Pihak Taman perlu fokus untuk memberikan dan menaiktaraf perkhidmatan serta kemudahan yang terbaik kepada pengunjung.

“Ini disebabkan kawasan tersebut merupakan kawasan tumpuan kepada pelancong terutamanya di kawasan sekitar daerah Tawau,” katanya

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan  kerja ke taman itu semalam.

Jafry berkata,  sehingga kini sebanyak dua projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan telah siap sepenuhnya.

Katanya, ia termasuklah Projek Laluan Pejalan Kaki ke Air Terjun Taman Bukit Tawau dengan kos berjumlah RM172,286 dan Pembaikan Viewing Platform Table Waterfall melibatkan  peruntukan sebanyak RM183,386.

“Kini usaha kementerian selain menaiktaraf kemudahan infrastruktur adalah meningkatkan promosi agar mampu menarik kedatangan pelancong kerana Taman Bukit Tawau ini memiliki kelebihan tersendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Jafry turut berkesempatan untuk melawat Batu Bersusun Balung Cocos yang berpotensi untuk dimajukan seterusnya boleh dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan berasaskan komuniti.

Batu-batu ini tersusun secara semulajadi dimana  keadaan batu-batu itu kelihatan seperti di susun oleh manusia namun sebaliknya pembentukkannya adalah semulajadi disebabkan aliran magran selepas letusan Gunung Berapi, yang mempunyai ketinggian 1,182 meter dari paras laut yang terletak 24km dari utara Bandar Tawau.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *