MUIS Berjaya Kutip RM40 Juta Zakat Perniagaan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU :  Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Bahagian Zakat dan Fitrah  berjaya mengutip sebanyak RM40 juta zakat perniagaan bagi tahun 2021.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah tahun sebelumnya dan ia merupakan antara hasil kerja keras dan MUIS.

“Kutipan zakat pada tahun 2020 adalah sebanyak RM101 juta manakala pada tahun lalu, kita berjaya mengutip sebanyak RM117.8 juta dan ini menunjukkan terdapat peningkatan kutipan sebanyak lebih RM16 juta.

“Penyumbang terbesar kutipan zakat di negeri ini adalah dari zakat penggajian iaitu RM 48 juta, diikuti zakat perniagaan dengan jumlah RM40 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Istana Seri Kinabalu disini hari ini.

Mohd Arifin turut merakamkan penghargaan kepada MUIS khususnya Bahagian Zakat dan Fitrah kerana bergerak dari masa ke masa memberikan maklumat serta kempen berkenaan zakat.

Pada majlis itu, Kumpulan FGV Holdings Berhad diwakili oleh pengerusinya Datuk Dzulkifli Abdul Wahab menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 3,226,291 kepada Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin.

Majlis tersebut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar.

Dalam pada itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Tertinggi  Persatuan Orang Kerdil Sabah dan bertujuan untuk memperkenalkan persatuan yang ditubuhkan sejak April 2021 dengan jumlah keahlian lebih 20 orang setakat ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *