HomeSukanGolongan Muda Digalak Sertai Aktiviti Gaya Hidup Sihat

Golongan Muda Digalak Sertai Aktiviti Gaya Hidup Sihat

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA BELUD : Kerajaan sentiasa menggalakkan penglibatan golongan muda dalam pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang menjurus kepada gaya hidup sihat.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Japlin Akim berkata, melalui aktiviti sukan, golongan muda juga akan dapat menghindarkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak diingini.

“Mempunyai tubuh badan yang sihat sudah tentu akan dapat menyumbang kepada kesejahteraan negeri dan negara.

“Sukan dianggap sebagai pengisian yang mampu memupuk konsep persaudaraan, fahaman, penghormatan dan menyatukan masyarakat dalam satu hala tuju serta matlamat yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Japlin di BahKu Island, Pituru Laut Kota Belud disini semalam.

Japlin berkata, Kerajaan juga sentiasa menggalakkan aktiviti-aktiviti sukan bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat terbuka bagi memberi peluang kepada generasi muda mendampingi bidang sukan yang diminati dan dapat ditonjolkan di peringkat negeri, kebangsaan dan seterusnya di peringkat antarabangsa.

“Bidang sukan merupakan salah satu agenda penting yang ditekankan dalam program pembangunan negara.

“Saya ingin menyeru kepada golonga belia di daerah ini agar lebih aktif merancang kegiatan dalam bidang sukan masing-masing dengan tumpuan untuk melahirkan lebih banyak atlet remaja yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat nasional dan seterusnya di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kejohanan tersebut merupakan anjuran  bersama Armada Cawangan Bersatu Pituru Laut dan Armada cawangan Bersatu Pituru Darat.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular