HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Rekod Kluster Ditempat Kerja Di Kinabatangan

COVID-19 : Sabah Rekod Kluster Ditempat Kerja Di Kinabatangan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan seorang pekerja ladang kelapa sawit warga asing di Kinabatangan yang turut menyebabkan jumlah kes di daerah itu melonjak naik hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sungai Trayon itu turut merekodkan 25 kes positif COVID-19 hari ini.

“Jumlah kes yang melonjak tinggi di Kinabatangan berpunca daripada Kluster Sungai Trayon yang merekodkan 25 kes positif baharu hari ini.

“Kluster baharu yang diisytiharkan hari ini melibatkan seorang pekerja ladang kelapa sawit warga asing,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, saringan ke atas 382 pekerja dan kontak rapat mendapati 24 orang lagi telah dijangkiti COVID-19.

Sementata itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini bertambah 27 kes menjadikan jumlah kumulatif harian di negeri ini naik kepada 280 kes berbanding 253 kes semalam.

Katanya, beberapa daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih tinggi pada hari ini.

“Antaranya Ranau yang menambah 22 kes baharu kepada 33, Papar menambah 11 kes kepada 20 kes dan Kinabatangan daripada 1 kes semalam kepada 26 kes hari ini.

“Daerah Tuaran mencatatkan jumlah penurunan kes terbesar sebanyak 18 kes, daripada 29 kes semalam kepada 11 kes sahaja pada hari ini.

“Perubahan turun naik kes harian di daerah-daerah lain berlaku setiap hari pada kadar marginal dan didak ada kes baharu di empat  daerah,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, daripada 280 kes hari ini, sebanyak 276 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, satu kes  dalam Kategori 2, dua kes dalam Kategori 4 dan tidak ada kes baharu dalam Kategori 5.

“Satu kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya