HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Turun 23 Kes

COVID-19 : Kes Jangkitan Turun 23 Kes

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 23 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif harian sebanyak 257 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes jangkitan di daerah Kota Kinabalu juga turut bertambah dengan 65 kes hari ini.

“Jumlah kes-kes baharu di Kota Kinabalu terus bertambah dengan 65 kes hari ini, 12 kes lebih tinggi berbanding semalam.

“Secara keseluruhan lapan daerah merekodkan kes dua angka, 15 daerah mencatatkan kes satu angka dan empat lagi daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, terdapat 12 daerah mencatatkan penurunan kes harian dengan dua daerah iaitu  Kinabatangan dan Ranau merekodkan pengurangan yang agak baik masing-masing dengan 24 kes dan 18 kes lebih rendah berbanding semalam.

Katanya, sembilan daerah lagi mencatatkan peningkatan kes harian dengan tiga daerah menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tuaran (+22 kes), Kota Kinabalu (+12 kes) dan Sandakan (+10 kes).

“Sejumlah enam daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Sebanyak 254 daripada 257 kes yang direkodkan adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat dua kes dalam Kategori 3 dan tiada kes dalam direkodkan dalam Kategori 4 dan 5.,” katanya.

Katanya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih lagi membuat penilaian ke atas satu kes.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya