HomeUtamaKerajaan Akan Siasat Isu Kewarganegaraan Ketua MIC Sabah

Kerajaan Akan Siasat Isu Kewarganegaraan Ketua MIC Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan akan menyiasat laporan mengenai Ketua MIC Sabah Peer Mohamad Kadir yang didakwa mendapat kewarganegaraan secara meragukan pada 1980-an selepas beberapa tahun berhijrah dari India ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu hanya diketahui beliau melalui media sosial namun tetap akan melakukan siasatan lebih lanjut.

“Buat masa ini saya belum mempunyai maklumat lanjut mengenainya tetapi nama yang disebut Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu itu adalah Pengerusi MIC Sabah.

“Kita akan siasat mengenai perkara ini lebih lanjut,” katanya kepada media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tiga usaha sama pelaburan di antara kerajaan negeri dan Yayasan Sabah dengan syarikat tempatan serta luar negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Hajiji turut mengesahkan bahawa Peer Mohamad adalah orang sama yang dikaitkan dengan Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu dilantik kerajaan negeri untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

Beliau diminta mengulas dakwaan terhadap Peer Mohamad selepas namanya disebut antara individu yang pernah mengaku mendapat kewarganegaraan secara tidak sah pada 1980-an ketika pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri ini pada 2013.

Sebelum ini, beberapa pihak mahukan kepastian sama ada Peer Mohamad yang dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu adalah individu sama didakwa datang dari India ke Sabah pada awal 1980-an sebelum mendapat kewarganegaraan secara tidak sah enam tahun kemudian.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular