Syukur, Saya Akan Teruskan tanggungjawab sebagai Ketua SPRM – Azam Baki

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

PUTRAJAYA, saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini

Beliau yang memanjatkan rasa syukur berhubung hasil inkuiri oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) itu berkata pihaknya telah dimaklumkan akan keputusan penemuan inkuiri oleh pihak SC.

“Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur di atas keputusan yang dibuat oleh SC yang telah mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh saya,

“Saya dimaklumkan oleh SC bahawa siasatan terhadap perkara itu telah muktamad dan fail inkuiri tersebut telah ditutup,

“Dengan itu, saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat,” katanya.

Terdahulu, SC telah merumuskan pihaknya tidak menemui sebarang penemuan konklusif yang menunjukkan Azam Baki telah melanggar undang-undang berhubung akaun dagangan beliau.

Menurutnya, , siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) telah selesai.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *