HomeIsu tempatanDBKK Terima Kunjungan Duta Itali Ke Malaysia

DBKK Terima Kunjungan Duta Itali Ke Malaysia

Read Time:32 Second

KOTA KINABALU : Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip menerima kunjungan hormat daripada Duta Itali ke Malaysia Massimo Rustico di bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) disini semalam.

Kunjungan hormat itu bertujuan bagi mewujudkan kerjasama strategik disamping meneroka platform baharu yang berpotensi memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi bandaraya Kota Kinabalu.

Massimo berada di bandaraya Kota Kinabalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Sabah (SIBES) 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang diadakan selama dua hari berakhir hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie bersama  Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah DBKK dari Sektor Pengurusan Kewangan, Perancangan dan Pembangunan, Khidmat Pengurusan serta Operasi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular