HomeUtamaDBKK Pelawa Peniaga, Penjaja Sertai Jualan Sempena Karnival Tahun Baru Cina Bermula...

DBKK Pelawa Peniaga, Penjaja Sertai Jualan Sempena Karnival Tahun Baru Cina Bermula Sabtu Ini

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mempelawa orang awam yang berminat untuk menjalankan perniagaan sempena Karvinal Tahun Baru Cina 2022 bermula Sabtu ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, karnival yang diadakan selama seminggu itu akan diadakan di Jalan Gaya, Jalan Bandaraya dan Taman Poket.

“Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan borang permohonan bagi tujuan itu di Kaunter Jabatan Pelesenan DBKK pada waktu pejabat.

“Lokasi gerai jualan yang dibuka adalah di Blok A dan Blok B, Jalan Gaya yang dikhaskan untuk penjaja Api-Api Food Night Market manakala Blok C, Blok D dan Lintas Deasoka akan dibuka untuk orang ramai yang berminat,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Noorliza berkata, sepanjang tempoh penganjuran karnival itu, beberapa kawasan sekitar termasuk tapak letak kereta di Taman Poket akan ditutup sementara bermula jam 5 petang sehingga 12 malam.

Katanya, ia adalah bagi melancarkan aliran trafik sepanjang karnival diadakan.

“Kerjasama orang awam khususnya pengusaha kedai di kawasan jalan yang terlibat dimohon untuk mengosongkan kawasan letak kereta di Jalan Gaya, Jalan Bandaran dan Taman Poket bermula dari jam 5 petang hingga 12 malam bermula Sabtu ini sehingga 29 Januari.

“DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota Penguatkuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif serta tempat-tempat letak kereta awam berhampiran sepanjang tempoh penutupan jalan sementara ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular