HomeIsu tempatan50 Remaja Terima Kit SERI

50 Remaja Terima Kit SERI

Read Time:58 Second

KOTA BELUD: Seramai 50 remaja perempuan di Pondok Fi Dzilail Quran menerima kit Social Empowerment of Reproductive Health Initiatives (SERI) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pemberian kit tersebut merupakan kesinambungan daripada pembentangan bajet 2022 dalam usaha mengatasi kemiskinan haid di kalangan wanita Malaysia. 

“Antara tapisan yang dilakukan adalah para penerima berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40. 

“Setakat ini, seramai 130,000 remaja perempuan yang layak bakal menerima bekalan kit ini yang akan diedarkan melalui 1,124 buah sekolah di seluruh negara.

“Bagi negeri Sabah pula, seramai 14,970 orang remaja perempuan bakal menerima manfaat ini,” katanya dalam Majlis Penyerahan Kit SERI dan Bengkel Kulinari di sini, baru-baru ini.

Pada majlis sama, peserta yang hadir juga didedahkan dengan taklimat penjagaan kebersihan diri bertajuk ‘Kekal Positif Dengan Pengurusan Haid Berkesan’ yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Bahagian Reproduktif Manusia LPPKN, Dr Wan Hilya Munira Mustapha. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha KPWKM, Mohd Yusri Mohd Yusoff, Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah LPPKN Sabah, Chai Cheng Ho.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya