HomeIsu tempatanDaerah Ranau Kini Musim Buah

Daerah Ranau Kini Musim Buah

Read Time:1 Minute, 17 Second

RANAU: Musim buah adalah yang ditunggu-tunggu bagi penggemar buah-buahan khususnya di daerah ini yang terkenal dengan pengeluaran buah tempatan bermusim seperti durian, rambutan, mangga manis, manggis, tarap, langsat, golden melon dan nanas.

Pengerusi Persatuan Penjaja Buah dan Sayuran di Pasar Terbuka pekan Ranau, Zulkefli Abd.Ghani, 40, berkata, kini penjaja di daerah Ranau sudah mula menuai dan menjual hasil tanaman buah-buahan mereka, ini adalah berita baik buat penggemar buah-buahan di seluruh Sabah, musim buah di daerah ini terutamanya buah durian kini mula mengeluarkan hasil sejak awal tahun dan dijangka berakhir sehingga bulan Mac tahun ini.

Annyza Ujin, 34, antara penjaja buahan  tempatan di Pasar Terbuka pekan Ranau, turut menunjukkan buah durian jenis tembaga hijau.
Annyza Ujin, 34, antara penjaja buahan  tempatan di pasar terbuka pekan Ranau, turut menunjukkan buah durian jenis tembaga hijau.

Menurutnya, antara jenis buah durian yang banyak dijual di pasar terbuka sekarang ini ialah musang king, D8, D24, D101, D96, durian besara,  durian tembaga, durian kahwin, durian sukang, durian tembaga hijau, tarap, rambutan dan banyak lagi.

Antara penjaja buah-buahan menjual hasil tuaian mereka di pasar terbuka pekan Ranau.
Antara penjaja buah-buahan menjual hasil tuaian mereka di pasar terbuka pekan Ranau.
Buah rambutan jenis kelapa juga ada dijual di pasar terbuka pekan Ranau.
Buah rambutan jenis kelapa juga ada dijual di pasar terbuka pekan Ranau.

“Buah durian di sini dijual dengan harga RM4.00 hingga RM15.00 sekilo kecuali buah durian Musang King mencecah RM60.00 sekilo,” jelas  Zulkefli.

Berkenaan dengan Pesta Durian peringkat daerah Ranau tahun ini kata Zulkefli, belum pasti dapat dianjurkan kerana masih bergantung kepada kelulusan daripada kerajaan ekoran pandemik Covid-19 yang belum reda.

“Kita tunggu dan lihat perkembangan pandemik Covid-19, moga cepat pergi dari negara kita khususnya dari daerah Ranau,” tambah Zulkefli.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular