HomeUtamaPengguna Terima Faedah Deposit 2.5%

Pengguna Terima Faedah Deposit 2.5%

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Pelanggan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan menerima faedah tahunan sejumlah 2.5% (juga dikenali sebagai rebat) daripada jumlah deposit elektrik yang dibayar.

Faedah ini, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, akan dikreditkan ke dalam bil elektrik para pelanggan bermula pada bulan Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata pemulangan rebat berjumlah RM8.7 juta itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun bil elektrik pengguna pada bulan Januari dan Februari ini.

“Pemulangan semula rebat tersebut melibatkan sejumlah 609,869 pengguna di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Wang cagaran elektrik ini dikenakan sebagai sekuriti kepada kerosakan atau untuk menjelaskan hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan dimana ia selaras dengan peraturan 5 (5) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990.

“Ia dikira bersamaan dua bulan penggunaan bil elektrik berdasarkan purata bagi enam bulan terakhir dan akan disemak setiap enam bulan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan penambahan wang cagaran hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkatan penggunaan elektrik secara purata bagi 6 bulan berbanding wang cagaran sedia ada.

“Walau bagaimanapun, jika purata penggunaan kurang daripada wang cagaran, maka ia boleh dipulangkan kepada pengguna atas permintaan pengguna melalui rebat kepada bil elektrik mereka,” jelasnya.

Pengguna boleh menghubungi talian SESB Careline 15454 atau 088-515000 sekiranya memerlukan penjelasan atau pengguna boleh muat turun aplikasi mySESB melalui telefon bimbit untuk mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan SESB.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya