HomeIsu tempatanPeniaga Diingatkan Patuhi Harga Barangan Kawalan Musim Perayaan

Peniaga Diingatkan Patuhi Harga Barangan Kawalan Musim Perayaan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Peniaga di negeri ini diingatkan agar tidak menaikkan harga barangan kawalan melebihi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan atau berdepan tindakan undang-undang.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya didapati ada peniaga mengamalkan sikap tidak beretika dalam perniagaan terutama dalam musim perayaan Tahun Baru Cina

“Menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina ini, peniaga jangan sesuka hati menaikkan harga barang-barang keperluan dan jangan mengambil kesempatan atau melanggar akta sedia ada di seluruh Sabah.

“Peniaga juga perlu meletak tanda harga pada semua barangan jualan bagi kemudahan pengguna ketika membeli-belah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

David berkata, pembeli mempunyai hak untuk membuat pilihan dengan membeli di kedai yang menjual dengan harga berpatutan bagi memberikan peringatan kepada peniaga yang lain.

Katanya, peniaga juga turut diingatkan untuk menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan serta meletakkan tanda harga khas ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.

“Bagi peniaga pasar-pasar malam, saya juga ingin mengingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dalam pengendalian makanan serta pengurusan sisa dan lebihan makanan.

“Peniaga pasar malam juga digesa supaya menjaga kualiti makanan dan tahap kebersihan premis masing-masing ketika berniaga sepanjang bulan ini,” katanya.

Katanya, para peniaga juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti soal pemakaian, mempamerkan tanda harga dan tidak menghalang lalu lintas semasa menjalankan perniagaan.

“Saya juga ingin mengingatkan pengguna perlu sentiasa mengambil langkah berhati-hati memilih makanan yang dijual pasar-pasar malam.

“Langkah ini adalah bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti berlakunya keracunan makanan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular