HomeIsu tempatanNGO Berperanan Bantu Salur Maklumat, Masalah Rakyat Kepada Kerajaan

NGO Berperanan Bantu Salur Maklumat, Masalah Rakyat Kepada Kerajaan

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) khususnya di Sabah dalam memainkan peranan bagi menyalurkan maklumat dan permasalahan rakyat kepada agensi mahupun jabatan kerajaan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, pertubuhan NGO juga memainkan peranan besar dalam pelbagai sektor, selain menyalurkan maklumat penting kepada kerajaan.

“Anda (NGO) juga boleh membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah serta menangani pelbagai keperluan sosial ke arah kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah (PRBSS), di pejabat beliau, disini semalam.

Hadir sama Pengerusi PRBSS, Datuk Samsudin Awang Aman; Timbalan Pengerusi PRBSS Masri Mansur, Bendahari Johan Wahit, Setiausaha Awang Ali dan Ketua Penerangan Mohd Syum Abdul Majid Naib.

Jahid berkata, NGO juga merupakan pertubuhan ‘tanpa warna’, di mana soal politik diketepikan bagi memastikan kebajikan ahli-ahlinya terjaga.

“PRBSS juga boleh menjadi rakan kongsi dalam menyalurkan pelbagai maklumat kerajaan kepada rakyat di negeri  ini, selain mengadukan permasalahan rakyat di sekitarnya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PRBSS, Datuk Samsudin Awang Aman berkata, pertubuhan tersebut ingin melihat ahlinya merebut peluang yang disediakan kerajaan bagi menjana ekonomi menerusi pelbagai program serta kemudahan yang ada.

“Kami berharap KPLB Sabah juga dapat membantu NGO termasuklah PRBSS terutamanya soal pembangunan negara dalam semua bidang seperti ekonomi,  pendidikan, dan kebudayaan,” katanya.

Antara lain tujuan kunjungan tersebut adalah bagi memperkenalkan barisan kepimpinan PRBSS kepada Jahid, selain untuk menjalinkan silaturrahim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular