Datuk Ellron Angin Menyampaikan Sijil Penghargaan Kepada PPM Sook, Tony Talasoy sambil disaksikan oleh Penyelaras PSKS Bahagian Sook, Lucia Kihing dan Setiausaha Politiknya Jre Jrenues Pagut.

Ellron Menyeru Masyarakat Amalkan Cara Hidup Sihat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 43 Second

SOOK: Masyarakat diseru supaya mengamalkan budaya hidup yang sihat dengan mengambil kira penjagaan kesihatan yang rapi dan tidak memudaratkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook Datuk Ellron Angin berkata, mengamalkan cara hidup yang sihat seperti pengambilan makanan yang seimbang serta melakukan aktiviti rutin kecergasan harian pastinya akan meminimakan terdedahnya kepada penyakit yang berbahaya seperti kanser dan seumpamanya.

Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah itu, masih melihat masyarakat masih kurang menitikberatkan terhadap kesedaran mengenai penyakit kanser.

Program kesedaran inilah merupakan antara inisiatif murni bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit kanser agar sentiasa peka dan melakukan saringan awal kanser serta menjalani rawatan awal untuk kesembuhan yang tinggi.

“Masyarakat Sabah terutamanya di daerah-daerah pedalaman Sabah masih kurang peka terhadap kesedaran mengenai penyakit kanser, program sebegini perlu dianjurkan bagi membolehkan mereka menyedari akan bahaya penyakit kanser serta langkah-langkah pencegahannya,” katanya semasa majlis penutupan program Kesedaran Penyakit Kanser di Sook hari ini.

Di kesempatan itu beliau turut memuji akan usaha Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) kerana telah kedua kalinya menganjurkan program kesedaran ini yang mana, program kesedaran pertama dianjurkan pada November tahun lepas di Kampung Seri Menanti, Sook.

Program ini dianjurkan bersama oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sook dan PSKS serta mensasarkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi di setiap kampung, Mukim Sook.

Beliau dalam ucapan penutupnya juga berharap agar pemimpin-pemimpin kampung yang menyertai program tersebut dan berkongsi pengetahuan serta ilmu yang mereka timba sepanjang program ini kepada penduduk kampung.

“Program seperti ceramah kanser, sesi soal jawab serta pemeriksaan kesihatan pastinya memberikan satu pengetahuan yang baru kepada para peserta, kongsikanlah ilmu ini kepada warga kampung agar mereka juga sentiasa peka terhadap status kesihatan mereka,” tambahnya.

Dalam pada itu, Datuk Ellron Angin hadir bagi merasmikan penutupan program yang disertai seramai lebih 52 peserta terdiri daripada Ketua-ketua kampung, pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Mukim Sook.

Hadir sama dalam program tersebut Ahli Majlis Tertinggi Julitah Kadir selaku wakil Presiden PSKS, Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Jre Jreneus Pagut, PPM Sook Tony Talasoy serta warga pemimpin-pemimpin kampung Mukim Sook.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *