HomeUtama3,811 Pesawah Peroleh Manfaat Pelaksanaan SMART SBB

3,811 Pesawah Peroleh Manfaat Pelaksanaan SMART SBB

Read Time:2 Minute, 51 Second

PASIR PUTIH : Seramai 3,811 orang pesawah berjaya mendapat manfaat daripada  pelaksanaan Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang direkodkan sehingga Oktober tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia melibatkan kawasan penanaman padi seluas 9,778 hektar di beberapa tempat termasuk IADA Barat Laut Selangor dan IADA Seberang Perak.

Katanya, program SMART SBB ini merupakan hala tuju baharu industri padi dan beras negara yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi meningkatkan produktiviti dalam mencapai SSL beras yang ditetapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) iaitu sebanyak 75 peratus.

“Saya yakin dengan kesungguhan semua, program ini bakal mencapai kejayaan besar yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan sasar.

“Sebelum ini Kementerian melalui agensi di bawahnya telah meperkenalkan beberapa program sawah berskala besar seperti Projek Pemacu Pertanian (PPP) dibawah NKEA – Penanaman Padi Berskala Besar yang telah dilaksanakan di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) iaitu projek Mini Estet Padi dan projek Ladang Merdeka.

“Kini sudah tiba masanya semua pihak untuk mengorak langkah yang lebih ke depan dengan memberikan peluang kepada pihak swasta untuk turut serta menyumbang kepakaran dan tenaga dalam usaha membantu meningkatkan hasil padi seterusnya menjadi penerajui industri padi beras negara.,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Logo Sambutan Jubli Emas 50 Tahun KADA dan Majlis Menandatangani MoU SMART SSB antara KADA dan Syarikat Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS).

Dr Ronald berkata, penglibatan pihak swasta juga dilihat mampu memberikan nafas dan semangat baru kepada industri padi dan beras negara melalui pendekatan baru dengan memanfaatkan sumber modal pembiayaan swasta semaksimum mungkin dan akan mengurangkan tanggungan kewangan Kerajaan dalam jangka masa panjang.

Katanya, program SMART SBB ini juga adalah sebagai satu peluang kerjasama strategik yang menguntungkan pesawah selain menjadikan mereka sebagai rakan kongsi utama dalam pembangunan sektor padi dan beras di negara ini.

“Pengurangan keluasan kawasan padi di dalam kawasan jelapang KADA semakin membimbangkan. Keadaan ini berlaku disebabkan antara lain disebabkan pembangunan projek komersil dan perumahan.

“Keluasan kawasan padi KADA telah menyusut sebanyak 14 peratus iaitu hampir 5,000 hektar bagi tempoh 20 tahun bermula 2000. 

“Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia sudah pasti akan mengurangkan pendapatan dan jumlah hasil padi yang diperolehi. Tanpa program-program berskala besar seperti SMART SBB, sudah pasti jumlah hasil ini tidak dapat ditingkatkan,” katanya.

Sementara itu, Dr Ronald berkata, sebagai projek rintis SMART SBB KADA-BERNAS, sebanyak 134 hektar tanah sawah telah diperuntukkan iaitu 100 hektar di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas telah diperuntukan untuk diusahakan bersama dengan BERNAS.

Sementara itu katanya, sebanyak 34 hektar lagi melibatkan Ladang Merdeka Jelor, di Pasir Puteh dengan anggaran kos keseluruhan melibatkan hampir RM10 juta bagi tempoh 15 tahun pelaksanaan projek merangkumi kos infrastruktur dan pengairan serta proses penyuburan tanah.

Katanya, program ini akan terus diperkasa dan sokongan semua pihak diperlukan selari dengan matlamat Kerajaan dalam menjamin sekuriti bekalan makanan negara sepanjang masa sekaligus membela golongan petani, penternak dan nelayan. 

Dalam majlis yang sama, Dr Ronald juga telah melancarkan Logo Sambutan Jubli Emas 50 Tahun KADA. 

Beliau turut rakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua warga kerja KADA sejak dari penubuhannya pada tahun 1972 hingga kini atas segala jasa dan khidmat bakti, sepanjang tempoh 5 abad atau 50 Tahun ini.

“KADA dilihat sebagai sebuah agensi yang sentiasa berusaha keras dalam meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan petani di kawasannya, sekaligus menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara secara keseluruhannya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular