HomeUtamaAmal Gaya Hidup Sihat, Langkah Awal Pencegahan Penyakit Kanser

Amal Gaya Hidup Sihat, Langkah Awal Pencegahan Penyakit Kanser

Read Time:1 Minute, 43 Second

NABAWAN: Masyarakat di negeri ini diingatkan untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah awal dalam pencegahan penyakit kronik seperti  kanser.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia termasuklah melaksanakan aktiviti berjogging, bermain bola sepak, badminton, berbasikal dan sebagainya.

Katanya, kerjasama pemimpin komuniti, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat amat diperlukan untuk memainkan peranan dalam mewujudkan kesedaran dan mencegah pemularan kanser di kalangan keluarga dan komuniti.

“Masyarakat khususnya di kawasan Parlimen Pensiangan diingatkan untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti berjogging, bermain bola sepak, badminton, berbasikal dan sebagainya sebagai langkah awal pencegahan penyakit kronik seperti kanser.

“Selaku Ahli Parlimen di sini, saya menyeru kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan Hospital Nabawan selari dengan penambahan penduduk dan kepesatan pembangunan di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Kesedaran Kanser  disini hari ini.

Hadir sama,  Setiausaha Persatuan Sukarelawan Kanser Negeri Sabah  Tina @ Noorjana Abdullah, Penyelaras Persatuan Sukarelawan Kanser Daerah Nabawan Shamsiah Ani dan Penolong Pegawai Daerah Nabawan Francais Stephen.

Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, dengan adanya Hospital Nabawan,ianya  akan membolehkan penduduk di Parlimen Pensiangan dan kawasan sekitar  mendapat fasiliti kesihatan lengkap tanpa perlu melalui perjalanan yang jauh seperti ke Hospital Keningau.

Pada program itu, seramai lebih kurang 150 penduduk sekitar daerah Nabawan menghadiri program anjuran bersama Persatuan Sukarelawan Kanser Negeri Sabah (PSKS) dan Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan.

Program yang berlansung selama sehari turut menawarkan pemeriksaan kesihatan serta khidmat nasihat klinik berhenti merokok secara percuma.

Secara keseluruhan, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah kanser payudara diikuti dengan kanser kolorektal atau usus besar dan kanser paru-paru.

Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku dan dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara.

Satu pertiga kematian kanser adalah dikaitkan dengan amalan berisiko iaitu; berat badan yang berlebihan, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur- sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan tembakau atau merokok serta pengambilan alkohol.

Pengambilan tembakau merupakan faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan antara penyumbang terbesar kematian akibat kanser.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular