HomeUtamaGuru Kemas Dibenarkan Berpolitik, Kembali Semula Peraturan Lama - Mahdzir Khalid

Guru Kemas Dibenarkan Berpolitik, Kembali Semula Peraturan Lama – Mahdzir Khalid

Read Time:1 Minute, 16 Second

GUA MUSANG: Kebenaran kepada guru-guru Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terbabit dalam politik adalah bersifat mengembalikan semula peraturan lama.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kebenaran itu tidak menimbulkan sebarang masalah kerana ianya telah diamalkan sebelum ini.

“Guru KEMAS dan juga Penyelia KEMAS, mereka bukan kategori DG, mereka di bawah KEMAS seperti Perdana Menteri sebut dibolehkan.

“Guru kemas tiada masalah dari dahulu (terlibat dalam politik), tetapi zaman PH (Pakatan Harapan) dia keluarkan satu pekeliling, sekarang bukan zaman PH, macam dahulu baliklah sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Lembagan Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR, di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu yang membenarkan guru KEMAS terbabit dalam politik.

Jelas Mahdzir, isu pembabitan guru dalam politik bukanlah perkara baharu.

“Kebenaran itu bagaimanapun sedikit berlainan dengan guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang mempunyai struktur perjawatan yang membabitkan jawatan diperingkat pengurusan.

“Maksudnya guru-guru yang tidak memegang jawatan pengurusan, guru-guru ini adalah paling ramai sekali adalah dari DG41, akan naik hingga ke DG54 dan ke Jusa, dalam perkhidmatan guru tidak banyak yang boleh naik hingga ke Jusa sebab tidak banyak perjawatan itu, jadi dia akan berhenti di DG54.

“Tetapi kalau DG54 dia jadi PPD (Pegawai Pendidikan Daerah) atau Pengetua Sekolah atau bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri, itu ada masalah sikit kalau nak pegang jawatan dalam politik sebab dia ada jawatan yang dia pegang,” jelas Mahdzir.

RELATED ARTICLES
Utama

Inisiatif bantuan baharu bukti Kerajaan Sabah perkasa bidang pendidikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular