HomeUtamaKPM Rancang Tambah Bilangan Guru Di Negeri Kurang Tenaga Pengajar

KPM Rancang Tambah Bilangan Guru Di Negeri Kurang Tenaga Pengajar

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam perancangan untuk menambah bilangan guru di beberapa buah negeri yang mempunyai masalah kekurangan tenaga pengajar.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, ia termasuklah di negeri Sabah, Sarawak dan Johor.

“Memang ini antara satu keutamaan KPM untuk menambah bilangan guru dimana negeri yang kurang tenaga pengajar termasuk Sabah, bukan saja di negeri ini tetapi di Sarawak dan Johor juga kurang.

“KPM sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk menambah bilangan guru yang kurang termasuk melalui Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara One-Off,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Institut Pendidikan Guru (IPG)  Kampus Gaya disini hari ini.

Mohamad berkata, menerusi pengambilan khas itu, beliau yakin negeri ini akan mendapat bilangan guru bagi mengisi masalah kekurangan guru di Sabah.

“Saya percaya dan yakim Sabah juga akan mendapat bilangan guru, Sarawak juga akan dapat dalam kadar yang banyak, cuma pada masa ini kita belum dapat jumlah yang sebenar, jadi mohon bersabar dahulu.

“Tapi pihak kementerian akan isi sedaya upaya kekurangan guru ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad mengingatkan guru-guru di seluruh negara untuk tidak mengabaikan tugas hakiki sebagai seorang pendidik meskipun aktif menyertai dalam dunia politik.

Beliau turut menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan kebenaran guru untuk bergiat aktif dalam politik berkuatkuasa serta merta.

“Walaubagaimanapun, Guru masih tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan oleh KPM dan perlu memastikan bahawa kegiatan berpolitik ini dilakukan diluar waktu persekolahan.

“Semua boleh berpolitik, semua boleh pegang jawatan dalam parti tapi jangan lupa tugas hakiki, garis panduan yang perlu diingatkan kepada semua guru-guru dan saya yakin ini akan disambut baik guru-guru seluruh negara “katanya.

Katanya, setakat ini tiada garis panduan khas untuk berpolitik dikeluarkan oleh pihak KPM namun beliau yakin bahawa guru-guru memahami syarat berpolitik seperti yang pernah dilakukan sebelum ini dan tidak mengabaikan tugas hakiki sebagai seorang guru.

Selain golongan guru, Perdana Menteri turut mengumumkan para petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga dibenarkan bergait aktif di dalam politik seperti rakyat lain.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular