HomeIsu tempatanProgram Derma Darah PAWE Kumpul 38 Beg Darah

Program Derma Darah PAWE Kumpul 38 Beg Darah

Read Time:1 Minute, 28 Second

BEAUFORT: Sebanyak 38 beg darah berjaya dikumpulkan pada program derma darah yang dianjurkan oleh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) disini kelmarin.

Pengerusi PAWE Beaufort Wong Sammie berkata, program yang dilaksanakan itu adalah untuk membantu mendapatkan bekalan darah bagi kegunaan Tabung Darah Hospital Beaufort.

Katanya, program itu juga adalah untuk mendekati masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang tahun ini.

“Pada tahun ini kita terpanggil untuk membantu Hospital Beaufort untuk mendapatkan bekalan darah dengan menganjurkan program derma darah selain turut membantu mencari penderma dari kalangan keluarga ahli PAWE dan juga kenalan serta rakan strategic PAWE Beaufort.

“Ini juga merupakan salah satu cara PAWE untuk mendekati masyarakat dan kaedah untuk memperkenalkan fungsi PAWE di mata masyarakat yang mana pusat ini telah beroperasi sejak 2016 namun dari masa ke semasa, kita sentiasa ingin menambah ahli-ahli baru untuk mendaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program derma darah yang diadakan di Rumah Penginapan Kerajaan Daerah Beaufort disini kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Perubatan Hospital Beaufort Dr Kelly Lee Pak Hup dan Setiausaha PAWE Beaufort, Rahman Karno.

Wong berkata, aktiviti PAWE terpaksa dihentikan selama dua tahun sejak pandemic COVID-19 melanda dan bermula tahun ini pihaknya mula merangka pelbagai acara menarik dan menambah ahli dari kalangan warga emas.

“Untuk warga Beaufort khususnya golongan warga emas, kami amat menggalakkan kemasukan ahli-ahli baharu tidak kira dari pelbagai latar belakang, dan bangsa, PAWE Beaufort sentiasa mengalu-alukan,” katanya.

Sementara itu, Wong turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program derma darah PAWE.

PAWE sebuah pertubuhan bukan kerajaan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, merupakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.

Dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang tahun ini, ianya mampu meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular