Pusat Tarikan Pelancong Dalam Kampus UMS Mula Dibuka Kepada Orang Awam

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU : Orang ramai dipelawa untuk mengunjungi beberapa pusat tarikan pelancong yang berada di dalam kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS).

UMS dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata, beberapa pusat tarikan pelancong dalam kampus itu mula dibuka kepada pelancong dan pelawat awam sejak 19 Januari yang lalu.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pusat tarikan pelancong dalam kampus induk UMS  kini dibuka kepada pelancong dan pelawat awam mulai 19 Januari 2022.

Akuarium dan Muzium Marin

“Ini termasuk Akuarium dan Muzium Marin, Muzium UMS, Muzium Perubatan Ibnu Sina, Galeri Azman Hashim, Galeri BORNEENSIS, Ecocampus Visitor’s Information Centre (EVIC) dan aktiviti-aktiviti pelancongan dalam kampus UMS,” menurut kenyataan itu.

UMS turut meminta para pengunjung untuk sentiasa mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengendali atau operator pusat pelancongan berkenaan.

Pusat tarikan pelancong dalam kampus UMS ditutup sementara sejak dua tahun lalu berikutan penularan wabak COVID-19 selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *