HomeIsu tempatanKesiapsiagaan PDRM Ranau Dipuji - Jonathan

Kesiapsiagaan PDRM Ranau Dipuji – Jonathan

Read Time:1 Minute, 40 Second

RANAU: Langkah kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di daerah ini dipuji oleh Timbalan Menteri  Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin semasa lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, pada Isnin. (24 Jan)

Jonathan berkata, PDRM IPD Ranau sentiasa siap siaga dari masa ke semasa memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin.

“Ini terbukti banyak kejayaan PDRM IPD Ranau dalam membenteras segala kegiatan negatif termasuklah penyalahgunaan dan pengedaran dadah, pembuatan senjata api buatan sendiri (bakakuk) dan mereka yang menyimpan  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tidak memiliki dokumen sah,” katanya dalam ucapan ringkas bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada seluruh anggota PDRM Ranau.

Datuk Jonathan (dua kiri) ketika memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormat PDRM Ranau.

Terdahulu semasa lawatan itu, Jonathan dijemput ke acara pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormat sebelum dijemput ke Bilik Mesyuarat Utama IPD Ranau untuk mengikuti taklimat khas daripada Deputi Superintendan Polis (DSP) Simiun Lumudin.

Dalam pada itu, Jonathan turut memuji PDRM Ranau kerana berjaya mengesan ramai warga tempatan yang terlibat dengan kes pelaburan tidak wujud dalam talian.

“Kes seumpama itu amat merugikan individu berkenaan dan keluarganya jika dibiarkan berleluasa, kita mesti benteras daripada berterusan,” tegasnya.

Jonathan juga mengharapkan kepada anggota PDRM  IPD Ranau supaya mengekalkan budaya kerja berintegeriti dan berdisiplin tinggi setiap masa.

“Saya bangga dengan kejayaan PDRM di sini kerana berganding bahu dengan agensi yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat dalam usaha mencari dan menyelamat kes-kes tertentu seperti mangsa banjir, mangsa kemalangan jalan raya dan orang yang dilaporkan hilang,” jelas Jonathan, yang seterusnya meluluskan peruntukan berjumlah RM20 ribu kepada Tabung  Kelab PDRM IPD Ranau.

Datuk Jonathan seterusnya di bawa melawat bilik-bilik unit PDRM termasuk bangunan flat perumahan IPD yang mengalami beberapa kerosakan selepas gempa bumi yang berlaku di Ranau pada tahun 2015.

Hadir sama semasa lawatan itu ialah, Lajim Abdul Momin Setiausaha Sulit Datuk Jonathan dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular