HomeUtamaKPM Tunggu Laporan Lengkap Berhubung Kewujudan Kluster Babit Institusi Pendidikan

KPM Tunggu Laporan Lengkap Berhubung Kewujudan Kluster Babit Institusi Pendidikan

Read Time:1 Minute, 20 Second

KUNDASANG : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mendapatkan laporan lebih lengkap daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung kewujudan kluster-kluster membabitkan institusi pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, ia termasuklah kluster-kluster yang wujud di negeri ini sejak lebih seminggu lalu.

“Ini kita akan lihat laporan daripada PPD, kita akan minta laporan dari masa ke semasa dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan memantau dengan lebih dekat masalah ini.

“Sekiranya ada apa-apa keperluan, kita akan umumkan apa yang perlu. Sekiranya perlu diperketatkan atau apa yang berkaitan prosedur standard operasi (SOP) yang harus diambil, kita akan umumkan kelak.

“Namun pada masa ini, kita masih dalam proses mendapatkan laporan lebih lengkap tentang kluster-kluster yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Mesilou Kundasang disini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Pkharuddin Ghazali dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr. Mistirine Radin.

Mohamad berkata, semua pihaknya diminta untuk sentiasa menjaga dan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan termasuk yang dikeluarkan KPM bagi memastikan keselamatan warga pendidik dan murid sentiasa terjaga.

“Saya minta semua pihak khususnya pentadbir sekolah, guru dan pelajar untuk sentiasa memberi keutamaan dan mematuhi serta menjaga SOP yang telah ditetapkan kerana keselamatan pelajar adalah jadi keutamaan KPM,” katanya.

Sehingga semalam, sebanyak tujuh kluster membabitkan institusi pendidikan telah wujud di negeri ini dalam tempoh lebih seminggu.

Antaranya Kluster Jalan Kepayan Lama Tambunan; Kluster Puri Ranau; Kluster Jalan Pertukangan Sandakan; Kluster Pandan Pandan Putatan; Kluster Jalan Bypass Kologon Ranau; Kluster Jalan Sri Balung Tawau dan Kluste Jalan Teritipan Kota Marudu.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya