HomeUtamaPeruntukan Tahunan Lantik Guru Agama, Kakitangan Masjid Anak Sabah Pendekatan Perkasa Modal...

Peruntukan Tahunan Lantik Guru Agama, Kakitangan Masjid Anak Sabah Pendekatan Perkasa Modal Insan

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Usaha Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan peruntukan secara tahunan bagi melantik guru agama dan kakitangan masjid dalam kalangan anak-anak Sabah merupakan satu pendekatan kepada memperkasa modal insan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia bagi memastikan modal insan di negeri ini sentiasa kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegriti.

Katanya, ia dapat dilihat dari segi tugas dan tanggungjawab para asatizah yang mengisi dan memenuhi keperluan masyarakat dalam bidang-bidang ilmu dan amal Islami.

“Di pihak Kerajaan Negeri, usaha yang dilaksanakan dalam pembangunan Islami termasuklah pembinaan baharu dan penyelenggaraan masjid dan surau, sekolah-sekolah agam, penambahan pelantikan guru-guru agama dan imam-iman Kariah.

“Pendekatan ini adalah bagi memastikan masyarakat Islam di Sabah akan merasa selesa dalam melaksanakan amal ibabdah dan mendapat pendidikan agama yang sewajarnya dari peringkat awal pendidikan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muttaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah disini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad dan Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Hajiji berkata, masyarakat yang lahir dari acuan yang baik tentunya akan melahirkan generasi baharu yang lebih menghayati agama, berwibawa dan berwawasan.

“Mereka ini akan dapat memandu pada masa akan datang kepada sebuah negeri makmur yang sentiasa disirami dengan rasa syukur atas limpahan nikmat yang diperolehi dan diharapkan dapat disifatkan sebagai baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur kerana ketakwaan masyarakatnya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular