HomeUtamaSMK Kundasang,SK Mesilou Akan Dijadikan Sekolah Hab Pelancongan

SMK Kundasang,SK Mesilou Akan Dijadikan Sekolah Hab Pelancongan

Read Time:1 Minute, 21 Second

KUNDASANG : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Mesilou Kundasang di sini akan dijadikan sebagai sekolah hab pelancongan di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, dua sekolah berkenaan akan dijadikan sebagai contoh pelancongan sekolah berdasarkan kedudukan yang baik dan terletak di kawasan tanah tinggi dan pelancongan terkenal di negeri ini.

“Pada ketika ini pelajar SMK Kundasang menumpang di sekolah lain di Pekan Ranau kerana bangunan sekolah berkenaan sebelum ini mengalami kerosakan akibat bencana alam iaitu gempa bumi.

“Namun bangunan baharu sekolah itu telah mula dibina di tapak baharu di Kundasang dimana kerja pembinaan sudah mencapai enam peratus dan dijangka siap pada Oktober 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau tapak baharu SMK Kundasang disini hari ini.

Mohamad berkata, sekolah baharu itu nanti akan mampu menampung sehingga 900 pelajar selain akan turut dilengkapi dengan kemudahan asrama dengan kapasiti 350 pelajar dalam fasa kedua projek pembinaan.

Bangunan lama SMK Kundasang terpaksa dikosongkan sejak lebih 10 tahun lalu berikutan terdapat kesan retakan teruk akibat pergerakan bumi selain diburukkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah.

Pada ketika ini, sekolah itu menumpang di bangunan Sekolah Menengah Agama Ranau yang terletak 15 kilometer dari pekan Kundasang.

Sementara itu, Mohamad berkata, pihaknya akan membantu untuk memasang pagar di SK Mesilou yang dilihat antara keperluan utama perlu dilaksanakan di sekolah itu selain beberapa kemudahan infrastuktur akan diusahakan.

 “Namun sekolah ini menghadapi sedikit isu tentang tanah dan saya telah meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berbincang dengan kerajaan negeri khususnya Pejabat Daerah Ranau bagi membantu menyelesaikan masalah pencerobohan tanah di sekolah berkenaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular