Tahun Baharu Cina: Beberapa tempat hujan, ribut petir pada 1, 2 Februari

Read Time:1 Minute, 16 Second

CYBERJAYA : Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) meramalkan beberapa kawasan dijangka mengalami hujan atau ribut petir pada sambutan Tahun Baharu Cina, 1 dan 2 Februari ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang Met Malaysia.

Bagi pagi, pusat operasi itu meramalkan hujan atau ribut petir dijangka melanda kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang selain beberapa kawasan di Sarawak serta Sabah.

Selain itu, hujan atau ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan pada sebelah petang.

Manakala pada sebelah malam pula, hujan atau ribut petir di beberapa tempat di Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

“Pagi, hujan atau ribut petir di satu dua tempat di Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei dan Mukah) dan Sabah (Kudat, Sandakan dan Tawau). Hujan atau ribut petir di kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tempat-tempat lain tiada hujan.

“Petang, hujan atau ribut petir di satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan) serta Labuan. Tempat-tempat lain tiada hujan.

“Malam, hujan atau ribut petir di beberapa tempat di Perak, Selangor, Sarawak (Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat) serta Labuan. Tempat-tempat lain tiada hujan,” jelas kenyataan itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.