HomeIsu tempatanPAKK Kota Kinabalu Mampu Tingkat Nilai Modal Insan Kanak-Kanak

PAKK Kota Kinabalu Mampu Tingkat Nilai Modal Insan Kanak-Kanak

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Penubuhan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Kota Kinabalu dilihat mampu menjadi pemangkin kepada sistem sokongan perkhidmatan sosial kanak-kanak di negeri ini. 

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, penubuhan pusat tersebut turut menyaksikan usaha berterusan pihak kerajaan untuk meningkatkan nilai modal insan kanak-kanak ke arah lebih berkualiti di masa hadapan.

“PAKK Kota Kinabalu diwujudkan bagi membendung isu dan permasalahan kanak-kanak di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan memenuhi keperluan sosial golongan kanak-kanak. 

“Penubuhan PAKK ini secara tidak langsung akan dapat mengawal kanak-kanak daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan PAKK Kota Kinabalu, di Api-Api Centre, disini kelmarin.

Shahelmey berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak di negeri ini untuk bersama-sama berganding bahu dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan kehidupan kanak-kanak pada hari ini dan di masa hadapan.

Katanya turut menyeru badan-badan bukan kerajaan di negeri ini untuk tampil memberi sumbangan kepada PAKK agar usaha membantu dan membimbing kanak-kanak yang kurang berkemampuan terbabit.

“Saya menyeru golongan korporat syarikat-syarikat besar dan orang ramai untuk turut bersama-sama menjayakan inisiatif ini untuk memberi sumbangan ataupun menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka bagi menjayakan pembelaan kanak-kanak di negeri Sabah,”katanya.

PAKK Kota Kinabalu merupakan kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah, UNICEF Malaysia,European Union (EU), Perbadanan Pinjaman Sabah, Yayasan Perbadanan Pinjaman Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Terdapat tiga PAKK di Sabah iaitu di Tawau, Papar dan Kota Kinabalu. Kanak-kanak yang terlibat akan diberi pendedahan 3M (Menulis, Mengira, Membaca) ketika berada di pusat berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya