HomeUtamaAngin kencang di timur Sabah, Semenanjung dijangka berterusan hingga 6 Februari

Angin kencang di timur Sabah, Semenanjung dijangka berterusan hingga 6 Februari

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kuala Lumpur: Angin kencang di timur Sabah dan Semenanjung dijangka berterusan hingga 6 Februari ini, dengan keadaan itu boleh menyebabkan hujan di beberapa kawasan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter memaklumkan, keadaan cuaca lembap itu dijangka berlaku di kebanyakan tempat dengan berlaku hujan pada sebelah pagi.

Menurutnya, ramalan itu berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

“Susulan itu kawasan negeri Pantai Timur di Semenanjung dan timur Sabah dijangka mengalami cuaca lembap yang membawa kepada hujan pada sebelah pagi.

“Sementara itu, kawasan barat Sabah, barat dan tengah Sarawak serta negeri Pantai Barat di Semenanjung khususnya Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan pedalaman Pahang dijangka mengalami ribut petir.

“Kawasan ini juga turut diramal berlaku hujan pada waktu petang hingga awal malam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, ramalan cuaca itu signifikan bagi tempoh tujuh hari bermula esok dan boleh mengakibatkan cuaca panas dan kering di negeri di utara Semenanjung.

“Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan antara Selasa hingga Ahad depan (2 hingga 6 Februari),” katanya.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Sementara itu, cuaca pada sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa dan Rabu diramalkan berlaku hujan dan ribut petir pada sebelah pagi di satu dua tempat di Sarawak.

Ia meliputi kawasan di Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei dan Mukah serta di Sabah membabitkan daerah Kudat, Sandakan dan Tawau.

Keadaan cuaca pada petang pula, hujan dan ribut petir dijangkakan berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang), Sabah (pantai barat, Pedalaman dan Sandakan) dan Labuan.

Pada sebelah malam, hujan dan ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Selangor, Sarawak (Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang) dan Sabah (pantai barat, pedalaman dan Kudat) serta Labuan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengalaman Mengecewakan dengan Fly Pass Syarikat Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular