Kekal Perpaduan, Keunikan Budaya, Toleransi Kalangan Masyarakat Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 14 Second

KUDAT : Rakyat di negeri ini harus mempertahankan perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum dan mengelak terlibat dengan sebarang unsur yang boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan mereka.

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Ruddy Awah berkata, Sabah kekal unik melalui semangat kerjasama dan konsep toleransi yang wujud dalam kalangan masyarakat setempat.

Katanya, keunikan itu dalam dilihat dan terserlah ketika sambutan perayaan apabila diraikan dalam suasana harmoni dan muhibbah.

“Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, saya meminta kepada semua masyarakat untuk terus menggunakan landasan ini bagi mengukuhkan perpaduan seterusnya menyambut perayaan dalam suasana ceria dan harmoni.

“Selain itu, saya juga berharap agar semua pihak dapat mengenepikan politik sempit dalam menyambut suatu perayaan, terus kekalkan momentum perpaduan yang sedia ada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Tionghua dan Warga Emas Daerah Kudat disini semalam.

Ruddy (dua kanan) bertanyakan khabar warga emas yang hadir pada majlis itu

Ruddy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas berkata, pihaknya juga mahu masyarakat di negeri ini terus mengekalkan rasa hormat, kestabilan dan harmoni yang dibina sejak dahulu untuk generasi akan datang.

Pada majlis itu, Ruddy turut menyampaikan kepala singa kepada Pertubuhan Masyarakat Tiong Hua Sabah sebagai tanda prihatin dan persahabatan.

Selain itu, beliau turut menyantuni warga emas dan menyerahkan ‘angpow’ sebagai tanda hormat dan penghargaan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada tiga persatuan besar di Kudat iaitu Persatuan Hakka Kudat; Persatuan Hokkien Kudat dan Persatuan Hainan Kudat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *