HomeUtamaRibut petir, hujan pada petang, malam dijangka di pantai barat Semenanjung

Ribut petir, hujan pada petang, malam dijangka di pantai barat Semenanjung

Read Time:53 Second

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada petang serta malam di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan tersebut dikeluarkan berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Oleh itu katanya, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

“Cuaca lembap dijangka berlaku di kebanyakan tempat dengan hujan pada sebelah pagi di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.

“Kawasan barat Sabah, barat dan tengah Sarawak serta pantai barat Semenanjung khususnya Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan pedalaman Pahang dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang hingga awal malam.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) juga telah dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 7 Februari ini,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular