HomeUtamaPAWE Mampu Tingkat Budaya Sihat Dikalangan Warga Emas

PAWE Mampu Tingkat Budaya Sihat Dikalangan Warga Emas

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) mampu meningkatkan budaya sihat di kalangan warga-warga emas di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, penubuhan pusat berkenaan turut dilihat memberi peluang kepada golongan itu aktif dalam aktiviti komuniti dan kualiti hidup.

Katanya, pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan perlu dimanfaat sepenuhnya bagi memastikan warga emas yang menjalani kehidupan lebih baik dan cergas.

“Kita menyeru kepada semua ahli-ahli PAWE yang ada di UTC ataupun daerah-daerah yang lain di negeri Sabah untuk mengaktifkan dan melibatkan diri dalam apa juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan agar kekal sihat, aktif dan produktif.

“Saya berharap program-program yang dianjurkan oleh PAWE seperti program keagamaan, rekreasi, terapi dan pemulihan, kursus dan latihan serta ceramah-ceramah akan memberi manfaat yang berguna kepada semua ahli-ahli PAWE” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika berucap merasmikan program Sambutan Tahun Baru Cina PAWE UTC di Wisma UTC Kota Kinabalu, disini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap PAWE dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada warga emas dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan mereka.

“Saya berharap bahawa semua pengurusan PAWE akan dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada ahli masing-masing dan yang paling penting adalah sambutan dan kerjasama daripada ahli-ahli PAWE yang ada” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya