HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Kekal Tinggi Di Sabah

COVID-19 : Kes Jangkitan Kekal Tinggi Di Sabah

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di negeri ini kembali meningkat dengan penambahan 30 kes menjadikan jumlah kumulatif harian sebanyak 476 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 12 daerah mencatatkan kes dua angka hari ini berbanding 11 daerah semalam.

“Daripada 12 daerah yang mencatatkan kes dua angka, hanya tiga daerah yang tidak melaporkan sebarang kes jangkitan baharu.

“Daerah Sandakan mencatatkan jumlah kes baharu yang tertinggi di Sabah dengan 93 kes (+26).

“Antara daerah-daerah lain yang mencatatkan kes positif baharu yang tinggi ialah Kota Kinabalu 77 kes (-10), Penampang 71 kes (+26), Tuaran 44 kes (-5), Tawau 32 kes (-10) dan Ranau 22 kes (-1),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah kes baharu yang berpunca daripada saringan bergejala, yakni dikalangan mereka yang simptomatik kekal tinggi iaitu 232 orang daripada jumlah keseluruhan 476 pesakit hari ini.

Katanya, angka itu merupakan 48.7 peratus daripada jumlah keseluruhan dan lebih tinggi daripada jumlah kes baharu dikalangan kontak rapat yang cuma 39.7 peratus.

“Di Sandakan, 58 daripada 93 kes baharu atau 62.3 peratus datang daripada saringan bergejala, 33 daripada 77 kes atau 42.8 peratus di Kota Kinabalu dan 42 daripada 71 kes atau 59.1 peratus di Penampang.

“Sebanyak 20 kes baharu datang daripada tujuh kluster sebelum ini,” katanya.

Katanya, sebanyak 469 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya