HomeUtamaBukan Polisi MOT Untuk Batalkan Lesen Sekolah Memandu - Wee Ka Siong

Bukan Polisi MOT Untuk Batalkan Lesen Sekolah Memandu – Wee Ka Siong

Read Time:1 Minute, 40 Second

Cyberjaya — Membatal permit IM dan tarik balik sijil tenaga pengajar kerana rekod kemalangan jalan raya bukan polisi MOT ulas Menterinya, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong hari ini.

Menurutnya Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin menegaskan bahawa tindakan untuk membatalkan permit institut memandu (IM) dan menarik balik sijil tenaga pengajar yang mempunyai rekod ramai pemegang lesen dari institut berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya hanyalah merupakan satu pandangan peribadi Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bukan merupakan satu ketetapan dasar oleh MOT pada masa ini.

“ Dimaklumkan juga bahawa sebarang hala tuju dasar atau apa jua cadangan penambahbaikan sudah tentunya akan dikaji secara holistik dan saintifik terlebih dahulu oleh MOT dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan termasuk keberkesanannya, kebolehlaksanaanya dan keupayaannya untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membatalkan atau menggantung permit institut memandu (IM) sekiranya ramai pemegang lesen yang dilatih mereka didapati melakukan kesalahan trafik dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya langkah itu akan dilaksanakan dengan meletakkan  kod pada lesen yang dikeluarkan  ini bagi mengesan daripada institut memandu mana pesalah trafik itu menerima latihan.

Kenyataan Ketua Pengarah JPJ itu turut mengundang komen netizen yang dilihat negatif tentang kenyataan berkenaan memandangkan ujian akhir dan proses meluluskan lesen adalah dibawah bidang kuasa JPJ, bukannya sekolah memandu.

Mengulas lanjut, Wee berkata , MOT tidak mahu menuding jari secara melulu terhadap pihak tertentu dan seterusnya mempersalahkannya semata-mata berdasarkan andaian atau hipotesis yang tidak berasas.

“ Kajian terperinci ini juga akan turut melibatkan sesi libat urus bersama semua pihak yang berkepentingan bagi mendapatkan pandangan serta cadangan penambahbaikan.

“ Dalam masa sama, MOT bersama agensi-agensi di bawahnya akan meneruskan aktiviti advokasi dan penguatkuasaan sedia ada bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pematuhan kepada peraturan jalan raya dan aspek keselamatan jalan raya di seluruh negara. MOT serius dan komited dalam memastikan jalan raya kekal selamat digunakan oleh semua pihak katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya